Sunday, November 1, 2015

CARA MENGURUSKAN JENAZAH YANG WAJIB ANDA TAHU - PART 1

Assalamualaikum sahabat fiezabard sekalian,

Ya Allah, lama sungguh saya tinggalkan rakan-rakan blog. Hampir sebulan rasanya. Rindu pulak nak menulis.

Baru-baru ini saya mengikuti Kelas Pengurusan Jenazah di Percint 11, Putrajaya (Surau Al-Azim)

Sebut je 'Jenazah' pasti anda seram ye.

Kenapa ye seram. Esok lusa kita pun akan menjadi jenazah juga.

Dah lama saya nak join kelas macam ni. Kali ini Alhamdulillah, Allah beri ruang saya untuk menuntut satu lagi ILMU Ukhrawi yang sangat 'rare' untuk dipelajari oleh generasi Y sekarang ni.

Mereka akan bertanya, kenapa nak kena belajar pulak. Serah je la kat orang yang boleh uruskan jenazah bila ahli keluarga kita meninggal nanti. Bayar je habis cerita.

Ye, mudah memang mudah, serah kepada orang yang pakar, anak-anak peluk tubuh menanti jenazah diuruskan diluar bilik mayat.

Memang diharuskan jenazah diuruskan oleh orang yang dilantik oleh Jabatan Agama untuk menguruskan jenazah keluarga kita. Tetapi lebih afhdal sekiranya ahli keluarga sendiri yang boleh memandikan, mengkapankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan ahli keluarga terdekat kita terutamanya ibu bapa kita yang meninggal dunia.

Kenapa anak, suami/isteri atau ahli keluarga terdekat lebih afhdal menguruskan jenazah ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia. Bukan apa, aurat si mati sama seperti semasa mereka masih hidup. 

Jadi, adalah lebih elok diserahkan pengurusan kepada yang muhrim semasa hidupnya.

Lagipun, sekiranya si mati itu adalah ayah atau ibu kita, bukankah elok kita sebagai anak buat kali terakhir mencurahkan air mandian kepada mereka.

Inilah kali terakhir kita dapat menatap wajah mereka puas-puas. Inilah kali terakhir kita dapat mengusap pipi mereka puas-puas. Ini kali terakhir kita dapat menyikatkan rambut mereka.

Entahkan pernah kita menyisirkan rambut mereka semasa hidup. Ini lah peluang kita buat kali terakhir ( menitis sebak saya semasa menaip kerana terkenangkan Allahyarham Ayahanda yang baru meninggal baru-baru ini ). 

Saya tak sempat memandikan ayahanda saya kerana lambat sampai dari Kuala Lumpur. Sampai Kampung ayah saya telah dikapankan.

Cerita lanjut ada dalam 
BAPAK IN MEMORY (SILA KLIK)




Siapakah yang paling afhdal memandikan jenazah?

Sampai di surau Al-Aziz Percinct 11 Putrajaya, kami rombongan dari LEP7 agak lewat kerana tersesat sikit. Sampai di surau Ustazah Zainab baru saja memulakan kelasnya. Alhamdulillah, belum banyak yang miss ilmu.


Ustazah baru memulakan kelas.

Adab Menziarahi Orang Sakit

Apa yang perlu dilakukan ketika menziarahi sahabat yang sakit

Ustazah ada beri pesanan kepada hadirin.
1. sekiranya menziarahi sahabat kita yang sakit, tolong jengah-jengah juga pesakit di katil-katil bersebelahan sahabat yang kita ziarahi. Tanyalah bila masuk hospital, dari mana datang. Jangan pula tanya khabar orang tu. Sebab dah memang orang tu sedang sakit.

Kalau anda perasan, kita hanya akan berkunjung di katil sahabat yang kita ziarah saja kan? termasuklah diri yang menulis ni. Bila dengar ustazah pesan, sentap jugaklah. Akan diamalkan selepas ini Insya Allah.

2. Sekiranya kelihatan orang yang kita ziarah dalam keadaan nazak, ajarkannya sebut Syahadah. 

Atau yang lebih baik bisikkan ke telinganya Allah, Allah, Allah, Allah.

Kalau boleh bisikkan Allah hingga saat kematiannya.

3. Selepas doktor betul-betul sahkan kematian barulah buat persediaan urusan jenazah.

4 Perkara Wajib dilakukan kepada jenazah

1. Mandikan
2. Kapankan
3. Sembahyangkan
4. Kebumikan

Nota: Setiap kematian di Malaysia perlu dilaporkan kepada polis.

Ustazah pesan, amalkan doa di bawah supaya mati kita dalam keadaan husnul khotimah


Doa ni selalu dibacakan oleh imam-imam masjid selepas solat


Alat-alat kapan 

1. Kain 25 m dipotong 5 helai.
2. Kapas
3. Tikar, tilam
4. Katil (optional)
5. Kain tutup
6. Air mawar
7. Minyak atar

Alatan mandian
1. Air
2. Syampu
3. Sabun
4. Putik kapas - bersihkan telinga, rongga-rongga
5. Tuala
6. Sarung tangan
7. Apron
8. Kapas (3-5 bungkus)
9. Gunting
10. Kapur barus

Tips mandikan jenazah
  • Lumurkan minyak supaya longgar sendi-sendi.
  • Buka baju jenazah atau guntingkan saja.
  • Bersihkan najisnya sekiranya ada.
  • Sediakan air secukupnya.
  • Sediakan kain batik.
  • Sabun yang kurang buih.
  • Ratakan air.
  • Plaster dibuka sekiranya ada di badan jenazah, biasanya jenazah dari hospital.
  • Sekiranya plaster tidak boleh dibuka contoh kepada pesakit kronik ditakuti sekiranya dibuka plaster akan membuak-buak darah keluar, selepas mandi wajib ditayamumkan.
  • Guna putik kapas untuk cuci celahan yang sukar seperti kuku panjang.
  • Jangan tanggalkan apa yang ada pada tubuh jenazah.
  • Sekiranya jenazah ada gigi emas, tak perlu dibuka giginya.
  • Tak perlu juga dibuka IUD atau implanon pada jenazah sekiranya ada.
  • Angkatkan kepalanya sedikit.
  • Tekan sedikit perut
  • Buang najis dengan kain disposable (kain perlu dibuang setiap kali digunakan).
  • Setelah selesai fasa membersihkan
Niat : "SAHAJA AKU MANDIKAN JENAZAH KERANA ALLAH TA'ALA"


  • Jirus air sebelah lambung kanan 3X . Selepas itu jirus lambung kiri pula 3X.
  • Iringkan jirus 3X belah kanan dan belah kiri.
  • Minimum tukang mandikan jenazah 3 orang.
  • Kalau boleh 4 orang. 2 orang belah kanan dan 2 orang belah kiri.
  • Seelok-eloknya 5-6 orang.
Air kapur barus

Air kapur barus sangat diperlukan semasa memandikan jenazah, tujuannya untuk:
1. hilangkan bau.
2. supaya menahan daripada dimakan ulat dengan pantas.

Penyediaan air kapur barus.
  • Masukkan kapur barus dalam air sebaldi
rupa paras kapur barus

Sebelum jirus dengan air kapur barus, wudu' kan dulu jenazah. Selepas itu baru jirus air kapur barus (last sekali). Menjirus air kapur barus kepada jenazah adalah sunat hukumnya.

Amaran: Jangan campur air kapur barus dengan limau. Dikhuatiri akan menyakitkan jenazah (pedih pula jenazah).

Untuk makluman anda, jenazah seperti manusia biasa, masih rasa sakit, masih ada perasaan malu. Yang membezakan hanya mereka tidak lagi berupaya untuk berbuat apa-apa.

Set Pengurusan Jenazah

Usah risau kepada siapa yang menghadapi kesukaran untuk mencari kapur barus. Takut terbeli pula kapur tulis..hehehhehe..

Sekarang, telah disediakan Set Jenazah seperti di bawah.


Anda beli saja sekotak set pengurusan jenazah ini, segala keperluan yang saya nyatakan di atas telah disediakan dalam satu kotak. Mudahkan?

Setelah selesai memandikan jenazah, perkara kedua yang wajib dilakukan adalah mengkapankannya.

Ini topik yang paling best. sebab ustazah buat demo.

Model jenazah ustazah gunakan sejadah solat. Ustazah kata dia tak nak guna model orang walaupun ada yang volunteer jadi mayat. Sebab ada kenangan silam rupanya bila melibatkan orang yang masih hidup akan jadi mayat ni.

Ustazah cerita ada satu kes, seorang hamba Allah ni volunteer jadi mayat dalam kursus seperti ini, seminggu selepas tu hamba Allah ini meninggal dunia. Wallahu'alam.

Ustazah menunjukkan helaian kain yang disediakan dalam Set Jenazah. 


Ustazah dan pembantunya menunjukkan cara bagaimana kain kapan hendak disusun.


Kain kapan dilapiskan 2 helaian kain dan 1 helaian kain yang telah dipotong di bahagian tengah (potong bulat) untuk dijadikan baju. Sekiranya menggunakan Set Jenazah, baju jenazah telah ditebuk bahagian tengahnya. Tidak perlu digunting.

Di lapisan paling atas adalah kain yang digunakan untuk jadikan 'baju' jenazah (ada tebukan leher)



Kapas disusun untuk bahagian tangan, badan, limbung dan bahagia bawah jenazah
Botol air tu bukan apa. Sebagai model kepala jenazah konon.


Ini pula kain sarung tangan. Untuk membersihkan bahagian-bahagian celahan jenazah.




Demo bagaimana cawat dibuat untuk menutupi bahagian sulit jenazah.
Perasan tak ada tali tu.

Tali dari kain kapan

Tali juga penting untuk mengikat kain kapan nanti.

Tali disediakan dari helaian kain kapan yang digunting. 5 tali diperlukan untuk mengikat 5 bahagian jenazah.
1. bahu
2. limbung
3. pinggang
4. betis
5. atas kepala


Sejadah tu sebagai model jenazah


kapas dibalutkan ke keseluruhan badan mayat.

Amaran: Jenazah hendaklah sentiasa ditutup badannya semasa proses memandi dan mengkapankan. Jangan dibogelkannya. nak buka kain ditarik dari atas ke bawah.


Gunting kat kaki jenazah tu ustazah!!



Cara mengkapankan jenazah dengan betul. Kain belah kiri ditarik ketengah dahulu kemudian baru kain belah kanan.


Step di atas diulangi untuk kain kapan yang kedua.


Cara mengikat kain kapan



Ikatan di bahagian kaki


Ikatan di atas kepala 


Jenazah selesai dikapankan

Usai selesai dikapankan, renjis-renjiskan air mawar diatasnya


Basah kain kapan dek renjisan air mawar, Tujuan renjisan air mawar ini untuk memastikan hilang bau yang tidak menyenangkan dari jenazah.


Selepas dikapankan jenazah diselimutkan dengan kain batik lepas. Sebab tu orang-orang dulu banyak simpan kain batik lepas. Ini rupanya tujuannya.

Saya dapat gambarkan kain batik lepas sangat banyak digunakan semasa proses memandikan dan mengkapankan.

Peserta tekun mendengar

Photo di atas salah seorang kariah yang sering memandikan jenazah menunjukkan cara yang betul untuk mengangkat jenazah dan menekan perut untuk membersihkannya.

Ustazah kata untuk memandikan jenazah tak boleh buat sorang-sorang. Paling minimum 4 orang pembantu dan seeloknya 6 orang kerana jenazah hendaklah dihormati dan cara memandikan perlu secara berhati-hati dan tidak menyakiti jenazah.

Sebab itu perlukan tenaga yang ramai, terutamanya sekiranya jenazah agak berbadan gempal. Cuba anda bayangkan sekiranya buat sorang-sorang. Memang tak lah kan.


Ustazah Zainab bertudung Purple, memberi tips. 

Ustazah pesan, kaum wanita sangat perlu ada ilmu mandikan mayat ini. Walaupun mandikan mayat ini adalah fardhu kifayah ini tidak bermakna setiap individu itu lepas tangan kepada pihak lain untuk menguruskannya.


Selesai sudah cara-cara memandikan dan mengkapankan jenazah. Selepas ini ustazah akan meneruskan kursus dengan bagaimana cara mensolatkan jenazah dengan sempurna.



Kariah dari penduduk Lestari Putra. Jauh tu datang tuntut ilmu yang sangat mahal di sisi Allah dengan hanya bayaran rm10.



Bergambar kenangan di akhir kelas. Terima kasih ustazah dan kariah surau Al-Aziz.


Setakat ini dahulu saya kongsikan cara menguruskan jenazah bab Mandi dan mengkapankan jenazah.

Ingat ada 2 lagi yang belum dibincangkan kewajipan orang yang hidup terhadap orang yang dah mati.

Apa lagi 2 tu? Cer teka.

Nak tahu? Sila ikuti sambungan di entri saya yang akan datang ye!
Semoga perkongsian saya ini dapat dimanfaatkan bersama. Sekiranya ada kekurangan harap dimaafi. Saya sekadar berkongsi ilmu yang saya baru pelajari. Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh bertanya ustaz/ustazah yang lebih arif dalam hal ini.

Sekiranya anda suka entri saya kali ini saya mohon anda tekan button SHARE dan LIKE di bawah. Didoakan anda mendapat saham kubur dengan sekali tekan saja.

semoga dapat dimanfaatkan.

Terima kasih kerana membaca.

Dahaga ILMU akhirat,
Hafizah
~design your life not by default

No comments:

Post a Comment